Beautiful Me;
Hai, thanks for coming. Wanna follow me? Click Follow | Or you wanna go back to Dashboard?



This template by AfikahShuhaimi. Basecode by OhhAeen. Header and edited by Alia Eyra.
Cemburu Buta !!
Tuesday, 13 March 2012 | Tuesday, March 13, 2012 | 0 comments

"cemburu seringkali berlaku di kalangan orang yang sedang bercinta.Baik laki mahupun wanita,pasti akan berhadapan dengansituasi getir ini.Renung-renung kan lah."
 
SETIAP kali berbicara mengenai cemburu, pasti ramai yang menuding jari ke arah wanitaPadahal, baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang sama.!
Tetapi, awas! jangan terlalu menjadi hamba cemburu, takut nanti anda pula yang merana.
....................................................................................
Oke , now ,Sofie 6 cemburu buta yang mungkin di antara nya terbuku dalam hati dan sanubari si dia :)

...........................* Beremosi Keterlaluan.................................
Setiap minit dan jam , si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah , si dia akan marah bila anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi SMS :)

.............*Sering Melemparkan Tuduhan ...........................
 Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai usul periksa.
Keadaan ini  berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan.
Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain , bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat kepada anda.

,.............................* Cuba Mencari Kesalahan Anda........................................
Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan , si dia cuba mencari kesalahan anda. Padahal anda tidak pernah melakukan sedemikian.Perkara ini juga boleh menyebabkan pergaduhan berlaku antara pasangan.

.........../....* Sentiasa Ingin Bersama....................
Setiap masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.
 
..............................* Anti-Sosial................................
Tidak dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya. :)
 
.................* Wartawan Dan Polis..............
Sekiranya terdapat tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa .



Old things | New things